SEBELUM ini, media sosial dilambakkan dengan cerita mengenai hubungan cinta Ameera Khan dengan Jefri Nichol sehingga tular pelbagai dialog mengenai mereka.
Terbaharu, dialog yang pernah dilontarkan Ameera iaitu reaksinya apabila berkongsi pandangannya membuat panggilan telefon dengan kekasih selama 24 jam.
“Tak serabut ke ‘call’ 24 jam Ameera?
“Tidak, kalau tak ‘call’ itu yang serabut sikit, sebab Amira ‘clingy’ dan dia juga sama,” katanya.
Perkara tersebut turut menjadi ‘permainan’ Rita Nadira dan Bella Dowanna dalam satu video TikTok baru-baru ini.
Kebanyakan netizen terhibur dengan gelagat dua pelakon tersebut, malah meminta mereka menghasilkan lebih banyak video lucu selepas ini.
“Tiba-tiba semua jadi orang Kelantan, lucu, masuk air,” kata netizen.














