KUALA LUMPUR – Tindakan seorang lelaki yang disyaki mencabul seorang wanita ketika berada di bawah pengaruh alkohol di sebuah kediaman di Cheras, di sini mengundang padah apabila dia ditahan, hari ini.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian daripada mangsa yang berusia 21 tahun kira-kira pukul 11.20 pagi, semalam.
“Suspek bukan penghuni residensi terbabit dan berada di lokasi untuk ke rumah kawan. Ketika kejadian, suspek yang berkerja di kedai permainan video berada di bawah pengaruh alkohol,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Fadil berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan dan siasatan masih dijalankan.
“Suspek direman selama empat hari sehingga 5 Januari ini,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE














