fbpx
IBU mentua mangsa, Wan Zubaidah Wan Yunus ketika meninjau sekitar tempat mangsa dipercayai hilang di Pusat Rekreasi Jeram Besu, Sega dekat Raub,, semalam.

Baru 4 bulan berkahwin, suami ‘hilang senyap’ di Jeram Besu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

RAUB – Mangsa yang hilang ketika beriadah di Pusat Rekreasi Jeram Besu, Sega, di sini, tengah hari semalam baru empat bulan mendirikan rumah tangga.

Mangsa, Mohamat Firdarus Jamaidi, 25, berasal dari Sipitang, Sabah dan menetap di Johor Bahru, dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan arus ketika berada di kawasan jeram berkenaan bersama isterinya, Putri Nursyafika Yasmin Azizan Shah, 27, serta ahli keluarga lain.

Menurut Putri Nursyafika, kejadian berlaku selepas mereka menikmati durian di kawasan kebun milik mentua kakaknya sebelum sekadar ‘cecah kaki’ di air jeram yang kelihatan jernih dan tidak berbahaya.

“Air masa itu paras paha sahaja, kami tak mandi pun, cuma main air dekat tepi, tak sangka situasi boleh jadi begini. Jarak suami dengan ahli keluarga lain tidak jauh dan suaminya turut dilihat menghala ke tebing untuk naik ke darat.

“Saya nampak dia macam dah nak naik, tak ada jerit minta tolong, tak ada bunyi apa-apa. Tahu-tahu saja dia dah hilang,”katanya ketika ditemui Kosmo! di sini hari ini.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Raub, Superintendan Mohd. Shahril Abdul Rahman, berkata pihaknya menerima laporan pada pukul 1.45 petang selepas isteri mangsa tampil membuat laporan di Balai Polis Dong di sini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI