fbpx
N. Egavalli (kanan) dan R. Kamala (kiri) ketika di bawa ke Mahkamah Sesyen , Johor Bahru di sini hari ini. FOTO BAAZLAN IBRAHIM

Isteri, teman lelaki tak mengaku cuba bunuh suami

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Seorang suri rumah dan seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini hari ini atas tuduhan cubaan membunuh suami wanita tersebut, Disember lalu.

Tertuduh, N. Egavalli, 46, dan rakan lelakinya, R. Kamala Sarna, 39, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Mohd. Zamir Suhaimee.

Mengikut kertas pertuduhan, kedua-dua tertuduh bersama-sama melakukan cubaan membunuh ke atas G. Kumaresan, 48, dengan cara menutup muka dengan menggunakan sebiji bantal yang boleh menyebabkan kematian kepadanya.

Perbuatan itu dilakukan di Jalan EJ 9/6, Taman Ehsan, di sini pada pukul 9.30 malam, 22 Disember lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 307 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, R. Nevina manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, K. Bharathi.

Hakim membenarkan jaminan RM20,000 terhadap setiap tertuduh dengan dua penjamin, menyerahkan passport kepada mahkamah, memerintahkan tertuduh melaporkan diri di balai polis berhampiran dan melarang mengganggu mangsa atau saksi pendakwaan.

Mahkamah menetapkan 3 Februari depan sebagai tarikh sebutan semula kes sementara menunggu penyerahan dokumen.

Terdahulu, akhbar melaporkan seorang wanita dan teman lelakinya ditahan polis kerana cubaan membunuh suami wanita berkenaan di kediaman keluarga di Taman Ehsan Jaya, di sini, 22 Disember lalu dipercayai berkaitan dengan wang tuntutan insurans.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN