PETALING JAYA – Seorang bapa tiga anak yang tular mencari rezeki di sebalik topeng dan solekan ceria badut bersyukur apabila dia kini menerima banyak tawaran kerja daripada individu dan syarikat selain respons positif di platform media sosial. Mohd. Azizat Zainal Abidin, 39, atau dikenali Mr. Chibi berkata, selepas kisahnya tular, dia menerima banyak kata-kata semangat termasuk tawaran kerjasama daripada pengusaha acara, penganjur karnival dan syarikat korporat. “Selepas kisah tular, saya terima banyak juga permintaan. Tapi oleh kerana ada yang jauh……














