PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Sarawak sehingga Rabu depan.
MetMalaysia dalam kenyataannya berkata, amaran cuaca itu melibatkan kawasan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman (Sri Aman), Betong, Sarikei (Pakan, Sarikei dan Meradong), Sibu (Sibu dan Selangau), Mukah, Bintulu dan Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi).
Sementara itu, daerah Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang di Selangor, seluruh Kuala Lumpur dan Putrajaya dijangka mengalami cuaca buruk yang berterusan sehingga pukul 2 petang ini.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini dan sahih melalui aplikasi myCuaca, laman web rasmi dan media sosial rasmi MetMalaysia. – KOSMO! ONLINE














