fbpx
Poster sambutan tahun baharu 2026 yang dikeluarkan Asyraf Wajdi di laman sosial beliau hari ini.

2026 medan perkasa khidmat rakyat, satukan ummah – Asyraf Wajdi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA– Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Asyraf Wajdi Dusuki menzahirkan hasrat agar tahun 2026 menjadi medan untuk beliau terus memberikan manfaat dan khidmat yang lebih bermakna kepada ummah.

Menurut beliau, impian tersebut lahir daripada komitmen untuk memperbaiki mutu perkhidmatan serta memperkasa usaha pembangunan masyarakat khususnya dalam aspek pendidikan dan keusahawanan.

“Asas kepada segala usaha ini adalah keikhlasan untuk berbakti dan memastikan setiap inisiatif yang digerakkan benar-benar memberi impak positif kepada rakyat,” katanya dalam satu hantaran sempena sambutan Tahun Baharu 2026.

Dalam masa sama, Asyraf Wajdi turut mendoakan agar Allah SWT melorongkan dan mempermudahkan jalan ke arah perpaduan serta penyatuan ummah di Malaysia.

Beliau berkata, perpaduan merupakan tunjang penting dalam memastikan keharmonian masyarakat serta kestabilan negara terus terpelihara.

“Penyatuan ummah bukan sekadar slogan, sebaliknya perlu dizahirkan melalui sikap saling menghormati, bekerjasama dan mengutamakan kepentingan bersama,” ujarnya.

Mengulas lanjut, beliau menegaskan bahawa usaha memupuk perpaduan memerlukan komitmen berterusan semua pihak tanpa mengira latar belakang.

Asyraf Wajdi turut mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baharu 2026 kepada seluruh rakyat Malaysia.

Beliau berharap tahun baharu ini membawa keberkatan, kesejahteraan dan sinar baharu dalam usaha membina masa depan negara yang lebih baik.- KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI