fbpx
Schlossberg meninggal dunia pada usia 35 tahun. - Getty Images

Cucu John F. Kennedy meninggal dunia 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

WASHINGTON – Cucu kepada bekas Presiden Amerika Syarikat (AS) John F. Kennedy, Tatiana Schlossberg meninggal dunia pada usia 35 tahun, lapor Perbadanan Penyiaran Britain (BBC). 

Keluarga Schlossberg mengumumkan berita kematian itu menerusi satu hantaran media sosial yang dikongsi oleh laman John F. Kennedy Library Foundation. 

“Tatiana kesayangan kami telah menghembuskan nafas terakhir pada pagi ini (semalam). Dia akan sentiasa berada di dalam hati kami,” tulis keluarganya. 

Mendiang yang merupakan seorang wartawan iklim mendedahkan bahawa beliau menghidap sejenis kanser agresif pada November lalu. 

Dalam sebuah esei, beliau berkata, doktor memaklumkan jangka hayatnya kurang dari setahun. 

Schlossberg ialah anak perempuan kepada pereka terkenal, Edwin Schlossberg dan Diplomat Caroline Kennedy.

Dalam sebuah artikel yang diterbitkan bulan lalu oleh The New Yorker bertajuk ‘A Battle With My Blood’, Schlossberg mendedahkan beliau menghidap leukemia myeloid akut pada Mei tahun lalu selepas melahirkan anak keduanya.

Schlossberg turut menceritakan rawatan yang diterimanya termasuk kemoterapi dan pemindahan sumsum tulang, namun doktor tidak memberikan prognosis yang memberangsangkan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN