fbpx
Gambar hiasan.

IPP, jualan pembuatan bukti sektor perindustrian negara terus kukuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Prestasi sektor perindustrian negara terus menunjukkan pengukuhan apabila Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) meningkat 6.0 peratus tahun ke tahun pada Oktober 2025.

Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) memaklumkan, peningkatan tersebut didorong terutamanya oleh sektor pembuatan yang berkembang 6.5 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

“Sektor perlombongan turut mencatat pertumbuhan 5.8 peratus, manakala sektor elektrik meningkat secara lebih sederhana sebanyak 1.2 peratus.

“Berdasarkan perbandingan bulan ke bulan, keseluruhan pengeluaran perindustrian pulih dengan peningkatan 2.1 peratus selepas mencatat penurunan marginal pada September,” jelas kenyataan yang tersebut.

Tambah DOSH, momentum sektor pembuatan turut dizahirkan melalui nilai jualan yang mencecah RM171.7 bilion pada Oktober 2025.

Pertumbuhan itu disokong oleh subsektor elektrik dan elektronik yang berkembang 11.5 peratus, sejajar dengan pengeluaran berorientasikan eksport.

Selain itu, permintaan industri yang lebih meluas merentasi subsektor lain turut menyumbang kepada prestasi positif pembuatan negara.

Perkembangan ini mencerminkan daya tahan sektor perindustrian Malaysia dalam menyokong pertumbuhan ekonomi keseluruhan. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI