fbpx
Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh (duduk, dua, kanan) mengadakan sidang akhbar pembubaran DUN di Kompleks Seri Negeri kelmarin.

BN ada asas kukuh bergerak solo di PRN Melaka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MELAKA – Barisan Nasional (BN) dilihat mempunyai asas yang kukuh untuk bergerak solo pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka berdasarkan rekod pres­tasi terdahulu, namun keputusan akhir tetap bergantung kepada mandat rakyat.

Penyelidik Komunikasi Politik, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Melaka, Dr. Shafezah Abdul Wahab berkata, keputusan PRN Melaka sebelum ini serta perkembangan politik di Johor merupakan petunjuk positif kepada BN.

Beliau berkata, momentum kemenangan sesebuah negeri tidak boleh dianggap akan di­terjemahkan secara automatik di negeri lain kerana setiap kawasan mempunyai demografi, isu setempat dan sentimen pengundi yang berbeza.

“BN mempunyai asas yang kukuh untuk bergerak solo, tapi kita tidak mahu mendahului keputusan rakyat. Rekod PRN lalu dan perkembangan di Johor memberikan satu gambaran positif bagi BN.

“Walau bagaimanapun, kita serahkan kepada rakyat untuk menentukan mandat kali ini,” katanya.

Dr. Shafezah

Mengulas mengenai strategi BN Plus yang dikaitkan dengan gabungan kerajaan negeri bersama Kerajaan Pusat, Shafezah berkata, pendekatan berkenaan lebih kepada usaha membina jalinan diplomasi antara kedua-dua pihak.

Katanya, walaupun BN dilihat mempunyai kemampuan untuk bertanding secara bersendirian di Melaka, kerjasama politik tetap bergantung kepada pertimbangan strategik parti.

Sementara itu, ditanya me­ngenai konflik politik yang berlaku di Negeri Sembilan ketika ini, beliau berkata, ia boleh memberi kesan secara tidak langsung dari sudut persepsi dan sentimen pengundi, namun tidak boleh disamakan sepenuhnya dengan situasi di Melaka.

Ujarnya, setiap negeri mempunyai konteks politik serta isu tempatan yang tersendiri.

“Apa yang berlaku di Negeri Sembilan memberi satu pengajaran penting bahawa kestabilan politik, kematangan kepimpinan dan keupayaan mengurus perbezaan menjadi perkara yang sangat diperhatikan oleh rakyat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN