fbpx
Suspek berang kerana permainan video dalam telefon bimbitnya dipadam. - AFP

Berang ‘game’ online kena padam, budak 12 tahun tikam ibu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Seorang kanak-kanak berusia 12 tahun ditahan kerana membunuh ibunya gara-gara berang dengan tindakan mangsa yang memadam aplikasi permainan video dalam telefon bimbitnya, lapor laman berita Tribunnews hari ini.

Ketua Polis Medan, Pesuruhjaya Kanan Jean Calvijn Simanjuntak berkata, dalam kejadian pada 10 Disember lalu, suspek menikam ibunya sebanyak 26 kali menggunakan pisau dapur.

Mangsa ketika itu sedang tidur bersama seorang lagi anaknya di tingkat satu, manakala suaminya berada di tingkat dua.

“Suspek mengambil pisau lalu menikam mangsa. Abangnya yang terjaga daripada tidur cuba merebut pisau daripada tangan suspek, menyebabkan tangannya turut luka,” kata Jean.

Tambah Jean, suspek kembali ke dapur untuk mengambil pisau lain sebelum abangnya memanggil bapa mereka.

Pasukan perubatan tiba untuk merawat mangsa, namun dia disahkan meninggal dunia sekitar pukul 5.40 pagi (waktu tempatan).

Hasil siasatan mendapati, suspek mendakwa ibunya sering memarahi dan memukul abangnya serta dirinya, selain pernah mengancam mereka sekeluarga menggunakan senjata tajam.

Suspek juga mengaku berasa marah kerana permainan video online dalam telefon bimbitnya dipadam wanita itu. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN