fbpx
Zhang menempah khas jengkaut untuk kendaliannya. - Douyin

Hello Kitty merah jambu pilihan ‘ratu jengkaut’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BEIJING – Seorang wanita dari Heze, wilayah Shandong mengundang perhatian pengguna media sosial apabila bekerja sebagai pengendali jengkaut dan mengecat jentera berat itu dengan warna merah jambu, lapor portal berita South China Mornig Post.

Wanita bernama Zhang, 35, itu digelar ‘ratu jengkaut’ serta memiliki lebih 23,000 pengikut di laman sosial.

Dia menjadi perhatian ramai apabila melakukan pekerjaan yang kebiasaannya dilakukan oleh golongan lelaki.

Zhang berkata, dia mula mengendalikan jengkaut pada tahun 2019 dan secara tidak sengaja ‘terjun’ ke dalam bidang itu.

Namun, Zhang berkata, meskipun melakukan pekerjaan lelaki, dia seorang wanita yang penuh sifat kewanitaan serta menyukai warna merah jambu.

“Apabila wanita mengendalikan jengkaut, mengapa tidak kita mengubah suai jengkaut itu bagi menjadikannya kelihatan dimiliki oleh pemilik wanita?

“Saya sukakan warna merah jambu, jadi saya menempah khas jengkaut ini,” katanya.

Tambah Zhang, disebabkan pekerjaan itu agak membosankan kerana perlu duduk selama lapan ke sembilan jam, dia menghias jengkaut itu dengan corak Hello Kitty.

“Berhadapan dengan mesin berat dan lokasi kerja berdebu setiap hari amat meletihkan. Jadi saya melakukannya untuk menggembirakan diri sendiri,” tambah Zhang.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN