fbpx
RONALDO memutuskan untuk memikirkan mengenai persaraan selepas berjaya meledak 1,000 gol dalam kariernya. - AFP

Ronaldo tetapkan ‘tarikh’ persaraan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Ketua pasukan Portugal, Cristiano Ronaldo akhirnya menetapkan masa depannya dalam bola sepak apabila memutuskan untuk tidak bersara sehingga impiannya tercapai.

Ronaldo yang meledak dua gol ketika Al-Nassr menewaskan Al Akhdoud 3-0 Sabtu lalu sudah mengumpul 956 gol sepanjang kariernya bersama pasukan kebangsaan dan kelab.

Perkembangan itu menyaksikan Ronaldo akhirnya membuat keputusan bahawa dia perlu mendapatkan jumlah 1,000 gol sebelum memikirkan untuk menggantung but.

“Tidak mudah untuk meneruskan kerjaya, tetapi saya masih bermotivasi. Keinginan saya cukup tinggi dan saya mahu meneruskannya. Saya sentiasa menikmati permainan bola sepak dan saya akan teruskan.

“Anda semua tahu sasaran saya. Saya mahu memenangi trofi dan saya mahu mendapatkan nombor itu (1,000 gol). Saya akan mencapainya, itu pun jika tidak berdepan masalah kecederaan,” katanya.

Ronaldo ketika ini sudah meledak 13 gol dalam 14 aksi bersama Al-Nassr sekali gus membantu pasukan itu menghuni tangga teratas saingan Liga Arab Saudi dengan kelebihan empat mata.

Pemain yang bakal berusia 42 tahun itu mengumpul 143 gol bersama Portugal dan memegang status penjaring terbanyak Real Madrid (450 gol), malah dia juga meledak lebih 100 gol di Manchester United, Juventus dan Al-Nassr. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN