fbpx
Anthony Joshua.

Anthony Joshua cedera, dua rakan maut kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Bekas juara tinju heavyweight Britain, Anthony Joshua terlibat dalam sebuah kemalangan jalan raya di Ogun, Nigeria yang mengorbankan dua rakannya.

Menurut kenyataan Polis Negeri Ogun, Anthony Joshua, 36, mengalami kecederaan ringan apabila kenderaan yang dinaikinya bertembung dengan sebuah kenderaan lain.

Insiden itu berlaku di Lebuh Raya Lagos-Ibadan, kira-kira 85 kilometer dari Ikenne, lokasi sekolah berasrama penuh yang dihadiri Joshua sebelum itu.

Federal Road Safety Corps (FRSC) Nigeria mengesahkan lima lelaki terlibat dalam kemalangan berkenaan mengakibatkan dua kematian manakala Joshua mengalami kecederaan ringan dan dua lagi terselamat tanpa kecederaan.

FRSC berkata, siasatan awal mendapati kenderaan yang dinaiki Joshua dipandu laju sebelum hilang kawalan ketika memotong dan melanggar sebuah lori yang berhenti di tepi jalan.

Kemalangan itu berlaku kira-kira seminggu selepas Joshua menewaskan Jake Paul menerusi KO dalam perlawanan di Miami.

Joshua akan kembali ke gelanggang selepas berehat selama 15 bulan dan dijangka akan menentang pihak lawannya, Tyson Fury pada 2026.

Pihak polis kini masih menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca sebenar kemalangan tersebut berlaku. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN