fbpx
Alzafny melancarkam Pasukan Tindak Balas Bencana Jabatan KDNKA IPK Negeri Sembilan di sini hari ini. Foto oleh NOR SHAFAWATI YUP

Ayang pakar bom peranti IED masih tidak bermaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Lelaki tempatan dikenali sebagai ‘Ayang’ yang ditahan berhubung kes letupan di Desa Palma, Nilai masih tidak bermaya dengan kecederaan dialaminya agak serius.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, pasukan penyiasat berada di hospital bagi memantau keadaan terkini suspek berusia 62 tahun yang dipindahkan daripada Zon Merah ke wad biasa.

“Walaupun stabil, tetapi dia (suspek) masih tidak bermaya. Kecederaannya boleh dikategorikan agak serius.

“Kita akan menjalankan siasatan sebaik mungkin bagi mengetahui motif sebenar suspek membuat bahan letupan,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Peluncuran Pasukan Tindak Balas Bencana Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan.

Menurut Alzafny, siasatan percaya suspek bergerak secara sendirian dan bersembunyi di kawasan yang jauh daripada tempat awam.

Ketika diminta mengulas sama ada suspek mencederakan diri sendiri ekoran kecederaan melecur, katanya, tiada sebarang letupan berlaku berdekatan kawasan suspek dijumpai pada 27 Disember lalu.

“Kejadian letupan pertama yang berlaku pada 22 Disember lalu di Desa Palma telah disahkan oleh Unit Pemusnah Bom Polis Diraja Malaysia bahawa berlaku mishandling (kesilapan pengendalian),” katanya yang tidak menolak kejadian itu menyebabkan suspek melecur.

Kosmo pada 27 Disember lalu melaporkan seorang warga emas dipercayai menjadi dalang utama pembuatan puluhan peranti letupan buatan sendiri (IED) susulan kejadian letupan di Desa Palma. Pemeriksaan mendapati suspek melecur di muka, badan, tangan dan kaki.

Mengenai program hari ini, Alzafny berkata, Pasukan Tindak Balas Bencana Jabatan KDNKA Negeri Sembilan pertama kali dilancarkan terdiri daripada seorang pegawai dan empat anggota bagi membantu keperluan sekiranya berlaku bencana. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN