PETALING JAYA – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan tarikh-tarikh penting bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen P.187 Kinabatangan dan Dewan Undangan Negeri (DUN) N.58 Lamag, Sabah.
Menurut kenyataan SPR, hari penamaan calon ditetapkan pada 10 Januari 2026 (Sabtu), manakala mengundi awal akan berlangsung pada 20 Januari 2026 (Selasa).
SPR turut memaklumkan bahawa hari mengundi bagi PRK tersebut ditetapkan pada 24 Januari 2026 (Sabtu).
PRK itu melibatkan pengundi di Parlimen Kinabatangan dan DUN Lamag susulan kekosongan kerusi, sekali gus menyaksikan proses demokrasi kembali berlangsung di kawasan terbabit.
Sehubungan itu, SPR menyeru semua pengundi yang layak agar keluar mengundi bagi menunaikan tanggungjawab dan hak demokrasi masing-masing. – KOSMO! ONLINE














