fbpx
TENGKU HAZMAN dilantik sebagai pengendali sementara TFC selepas Badrul Afzan direhatkan.

Liga Super: Penyokong TFC tidak ada keyakinan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PENYOKONG tegar Terengganu FC (TFC) menggesa pengurusan kelab tersebut agar segera memuktamadkan pelantikan pengendali tetap baharu menggantikan Badrul Afzan Razali yang sudah direhatkan baru-baru ini.

Presiden Terengganu The Turtle, Mohd. Shamsul Bahari Md. Yunus berkata, pelantikan Tengku Hazman Raja Hassan sebagai pengendali interim tidak memadai untuk mengembalikan semula prestasi skuad Sang Penyu.

“Pusingan kedua Liga Super yang akan bermula bulan depan jauh lebih mencabar dan kebergantungan terhadap jurulatih interim tidak memadai.

“Kita perlu mengambil pengajaran daripada pengalaman terdahulu, pengambilan jurulatih interim sebelum diserap sebagai ketua jurulatih tetap tidak dapat memberi impak besar jangka masa kepada kelab,” katanya.

Terdahulu pengurusan TFC mengambil keputusan merehatkan ketua jurulatih, Badrul Afzan Razali berkuatkuasa Khamis lalu, sementara Tengku Hazman dinaikkan pangkat sebagai jurulatih interim buat sementara.

Mohd. Shamsul Bahari berkata, pengurusan TFC sebaliknya perlu lebih serius mencari pengendali berpengalaman yang terbukti mampu mengembalikan semula kegemilangan kelab.

Beliau berkata, beberapa nama besar dari domestik mahupun antarabangsa perlu dipertimbangkan untuk dibawa masuk sebagai ketua jurulatih skuad Sang Penyu pada masa terdekat.

“Antaranya bekas Ketua Jurulatih Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe yang mempunyai rekod cemerlang dan kredibiti tersendiri.

“Kami percaya beliau mampu menstabilkan semula pasukan, memberi kesegaran dalam taktikal serta membina semula keyakinan penyokong,” katanya.

Sehubungan itu, Mohd. Shamsul Bahari menggesa pengurusan TFC membuat pelaburan berani melantik pengendali berpengalaman mengikut kemampuan bajet kelab.

Beliau berkata, TFC memerlukan jurulatih berpengalaman yang mampu merangka perancangan jangka panjang bagi memastikan pasukan mampu bersaing secara konsisten.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN