PETALING JAYA – Penduduk di kawasan Negeri Sembilan, Melaka dan Johor dijangka berdepan cuaca buruk sehingga pukul 12 tengah hari ini.
Menerusi laporan cuaca Jabatan Meteorologi (MetMalaysia), hujan lebat berserta ribut petir dan angin kencang dilaporkan melanda Tampin di Negeri Sembilan, ketika ini.
“Selain itu, cuaca buruk dilaporkan melanda seluruh negeri Melaka manakala Tangkak, Muar dan Batu Pahat di Johor turut terlibat,” lapor MetMalaysia. –KOSMO! ONLINE














