PETALING JAYA – Pelakon Datuk Remy Ishak, 43, dimasukkan ke sebuah pusat perubatan selepas mengalami kesakitan pada bahagian dada.
Remy atau nama sebenarnya, Mohammad Zalimei Ishak berkongsi perkara terbabit menerusi muat naik di Instagram Story yang memperlihatkan dirinya diberikan ‘drip’.
Pelakon filem Pulang itu memberitahu dadanya terasa seperti terkena renjatan elektrik.
“Ketika ‘training’ Super Saturday tadi, tiba-tiba macam ada renjatan elektrik pada bahagian dada sebanyak tiga kali.
“Panik sekejap tetapi berjaya kawal nafas dan habiskan sesi ‘work out’ hari ini,” katanya yang terus merujuk masalah berkenaan ke hospital.
Menurut bapa kepada seorang cahaya mata itu, doktor berpesan supaya dia memperbanyakkan rehat buat masa sekarang.
“Doktor cakap, saya dapat kuasa baharu, tenaga itu tengah mengalir dalam badan. Cuma satu dia pesan supaya rehat banyak-banyak,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE














