fbpx
Tangkap layar video kenduri kahwin di Kampung Losong, Kuala Terengganu tetap diteruskan biarpun banjir semalam.

[VIDEO] ‘Banjir tak banjir, kenduri kena jalan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Hujan lebat sehingga menyebabkan banjir tidak menghalang penduduk untuk menghadiri jemputan kenduri kahwin di sebuah rumah di Kampung Losong, Kuala Terengganu, semalam.

Menerusi video dimuat naik pada TikTok Cekodokpenyek1 memperlihatkan, orang kampung bergotong-royong mengangkat khemah dan barangan digunakan untuk kenduri yang berlangsung dalam suasana hujan dan banjir.

Mereka juga tidak menghiraukan air banjir yang naik ke paras betis, bahkan bersama-sama menikmati makanan kenduri di situ.

“Banjir tak banjir, kenduri kena jalan,” menurut kapsyen video Cekodokpenyek1.

Video itu mendapat pelbagai maklum balas daripada orang ramai, malah mereka turut meninggalkan komen terhibur dengan suasana kenduri kahwin tersebut.

“Tema kenduri kita ‘pakaian renang’ ya. Boleh pilih warna apa ikut keluarga,” komen seorang pengguna TikTok.

“Lauk dah masak, tak teruskan membazir ye dok. Jadi berdamailah dengan takdir, bertambah juga makan nasi sejuk-sejuk cuacanya,” komen Eina Aida.

“Beginilah orang yang biasa menghadap banjir. Tak ada nak salahkan sesiapa, hadap saja dengan tenang,” kara Aidil Qaisara. – KOSMO! ONLINE

@cekodokpenyek1pov: banjir tak banjir, kenduri kena jalan

♬ orijinal ses – SpiderX

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN