PETALING JAYA – Sebahagian pemancing bagaikan tiada istilah kumpau dalam hobi mereka apabila menjadikan pertandingan memancing sebagai lubuk rezeki membawa pulang wang tunai ratusan ribu ringgit dengan hanya menggunakan modal kecil dan kemahiran membuat umpan. Ada antara mereka pernah berjaya mengumpul mencecah RM200,000 dan memasukkan sebahagiannya ke dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hasil daripada hobi yang memerlukan kemahiran menaikkan ikan kolam, tasik dan laut. Pembuat batu nisan, Mohd. Fadzil Mohd. Dzin, 52, berkata, kemenangan terbesarnya adalah RM132,500 yang diperolehi……














