fbpx
LIRA dilepaskan oleh Selangor apabila dilihat gagal menggalas tugas selaku penggempur utama.

Liga Super: Selangor FC sedia ‘pecah tabung’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SKUAD Selangor FC sedia untuk ‘pecah tabung’ untuk menandatangani pemain-pemain baharu dalam misi menguatkan pasukan apabila jendela perpindahan Liga Malaysia (Liga M) dibuka semula pada bulan depan.

Sebagai rekod, pengurusan Gergasi Merah membuat kejutan apabila melepaskan beberapa pemain import pada bulan ini seperti penyerang kelahiran Brazil yang dikritik hebat musim ini, Willian Lira selain Kevin Deeromram dan Toni Domgjoni.

Pengendali interim Selangor FC, Christophe Gamel menjangkakan akan ada penambahan pemain untuk mengisi kekosongan yang ditinggal, tetapi dengan syarat pemain terbabit perlu menepati kriteria barisan kejurulatihan.

Gamel berkata, keputusan untuk mencari beberapa pemain baharu juga dibuat kerana ada tonggak utama pasukan yang masih dibelenggu kecederaan ketika ini.

“Benar, kami sedang meneliti pemain baharu pada masa ini kerana terdapat beberapa tonggak utama yang tidak bersama pasukan sekarang, jadi kami memerlukan pengganti.

“Namun, kami tidak mahu pemain tersebut sekadar menambah bilangan pasukan sebaliknya pasukan mencari pemain yang memiliki profil yang sesuai untuk diserapkan dalam kelab.

“Jika pasukan mahu menjadi kelab yang hebat dan mampu melangkah jauh, kita perlu rekrut pemain yang berkualiti” katanya

Mengulas lanjut, Gamel mengakui bahagian serangan menjadi fokus utama selepas jentera penyudah pasukan dianggap antara kelemahan utama pasukan musim ini.

Skuad Gergasi Merah yang mengumpul 22 mata dalam saingan Liga Super dijadualkan menentang Melaka FC di Stadium MB Petaling Jaya, malam ini.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN