fbpx
Poster yang dimuat naik oleh PHM.

Jangan pakaikan anak lelaki baju perempuan demi ‘content’– PHM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Segelintir ibu bapa yang taksub dengan jumlah tontonan, sanggup memakaikan anak lelaki dengan pakaian perempuan semata-mata untuk menghasilkan kandungan di media sosial.

Public Health Malaysia (PHM) menerusi satu hantaran di media sosial berkata, perbuatan tersebut boleh memberi kesan psikologi jangka panjang kepada kanak-kanak, terutamanya ketika emosi mereka sedang berkembang.

“Kepada ibu bapa, tolong jangan pakaikan anak lelaki baju perempuan semata-mata untuk kandungan internet,” katanya.

PHM menjelaskan bahawa dalam psikologi kanak-kanak, pengalaman berasaskan rasa malu (shame-based experience) serta keselamatan hubungan emosi (attachment safety) merupakan elemen penting dalam perkembangan seorang anak.

“Kandungan boleh dipadam. Tapi memori malu yang terbentuk masa ‘self-concept’ sedang berkembang, boleh melekat lama,” katanya.

Tambahnya, walaupun video atau gambar tersebut mungkin hanya memberi keseronokan sementara kepada penonton, kesannya terhadap jiwa dan emosi kanak-kanak boleh berpanjangan sehingga bertahun-tahun.

PHM turut menasihatkan ibu bapa agar lebih peka dan bertanggungjawab dalam menghasilkan kandungan yang melibatkan anak-anak, khususnya di media sosial yang bersifat terbuka dan kekal.

“Kalau nak buat content, pastikan anak rasa selamat dan dihormati,” ujarnya.

PHM turut mengingatkan bahawa mengejar jumlah tontonan tidak seharusnya mengorbankan kesejahteraan mental dan maruah kanak-kanak.

“Views naik sekejap. Kesan pada jiwa anak boleh tahan bertahun,” ujarnya.- KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN