fbpx
Tertuduh ketika dibawa ke Mahkamah Sesyen Butterworth, hari ini. Foto oleh DANIAL SAAD/KOSMO!

Tukang cuci mengaku ‘sentuh’ dua pelajar pusat pemulihan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEBERANG PERAI – Seorang tukang cuci di sebuah institusi pemulihan akhlak mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Butterworth di sini hari ini atas dua pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap dua remaja lelaki, bulan lalu.

Tertuduh, Noor Azlan Mat Nayan, 57, membuat pengakuan tersebut sebaik pertuduhan terhadapanya dibacakan di hadapan Hakim Zulhazmi Abdullah.

Mengikut pertuduhan pertama, lelaki tersebut didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa berusia 14 tahun di tandas bersebelahan bengkel pembelajaran institusi tersebut di Seberang Perai Utara, kira-kira pukul 11 pagi, 21 April lalu.

Bagi pertuduhan kedua pula, tertuduh didakwa mengulangi perbuatan sama terhadap seorang lagi remaja lelaki berusia 16 tahun di lokasi yang sama pada awal April, kira-kira pukul 9 pagi.

Timbalan Pendakwa Raya, Wan Amira Ruzaini Wan Abdul Razak memohon mahkamah tidak menawarkan jaminan memandangkan keseriusan kes yang melibatkan kanak-kanak di bawah perlindungan pihak berkuasa manakala tertuduh dalam rayuannya pula tidak memohon jaminan dengan alasan ahli keluarganya tinggal berjauhan.

Mahkamah kemudian menetapkan 24 Jun depan untuk sebutan kes jatuh hukum. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN