fbpx
Poster ucapan tahniah yang dimuat naik Zambry di Facebook.

Inovasi PSIS tawan Seoul, raih emas dan perak di SIIF 2025

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir mengucapkan tahniah dan syabas kepada Pasukan Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) atas kejayaan mengharumkan nama Malaysia di Seoul International Invention Fair (SIIF) 2025 di Korea Selatan.

Menurut beliau, kejayaan itu menyaksikan PSIS meraih dua anugerah berprestij antarabangsa salah satunya adalah Anugerah Emas (Gold Award) menerusi inovasi A-Port Simulation: Inclusive Airport Experience with Interactive Navigation.

Satu lagi Anugerah Perak (Silver Award) pula diraih menerusi inovasi PlantScape Apps for Residential 2.0, yang turut menyerlahkan keupayaan pasukan PSIS menghasilkan penyelesaian kreatif berasaskan teknologi di peringkat antarabangsa.

“Pencapaian tersebut membuktikan politeknik bukan lagi pilihan kedua, sebaliknya merupakan institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang melahirkan inovator berdaya saing, berfikiran global dan mampu bersaing di pentas dunia,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Zambry juga menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada seluruh pasukan serta semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung atas komitmen, dedikasi dan kerja berpasukan yang cemerlang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI