fbpx
Keadaan kereta Perodua Axia yang terlibat dalam kemalangan maut meragut nyawa Putri Fredella Al Frida Diandra di Jalan Felda Belara, Kuala Nerus hari ini.

Budak dua tahun maut kemalangan, dua Perodua Axia bertembung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA NERUS – Budak perempuan berusia dua tahun maut dalam kemalangan membabitkan dua buah kereta jenis Perodua Axia di Jalan Felda Belara, di sini, hari ini.

Dalam kemalangan pada pukul 10 pagi, mangsa, Putri Fredella Al Frida Diandra Mohd. Firdaus yang berada di tempat duduk penumpang belakang meninggal dunia akibat kecederaan parah pada bahagian kepala dan beberapa anggota badan.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata, sewaktu kejadian, Putri Fredella Al Frida Diandra bersama ibu bapa dan dua adik-beradiknya dikatakan dalam perjalanan ke bandar raya Kuala Terengganu dari rumah mereka di Kampung Rahmat, Setiu.
“Sebaik tiba di lokasi kejadian, kereta Perodua Axia dipandu bapa mangsa dikatakan tiba-tiba hilang kawalan lalu terbabas memasuki laluan bertentangan.

“Kenderaan dinaiki keluarga itu kemudiannya dirempuh sebuah kereta Perodua Axia lain dipandu seorang wanita berusia 20 tahun yang juga pelajar Institut Pendidikan Guru Bangi, Selangor,” katanya di sini hari ini.

Azli berkata, mayat Putri Fredella Al Frida Diandra telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu untuk tindakan lanjut.

Beliau berkata, tujuh mangsa lain termasuk ibu bapa dan dua adik-beradik budak itu yang cedera turut dirawat di unit kecemasan hospital sama. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN