fbpx
Fadil ditemui pemberita pada Majlis Hi Tea Apresiasi Polis Kuala Lumpur bersama Media Tahun 2025 di Grand Millenium Hotel, Kuala Lumpur hari ini. Foto oleh SYAKIR RADIN / KOSMO!

Kecoh Kampung Sungai Baru: 8 individu bakal dihadapkan ke mahkamah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Lapan individu yang ditahan susulan insiden kekecohan di Kampung Sungai Baru di sini dijangka didakwa di mahkamah dalam masa terdekat.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, kertas siasatan berhubung kes berkenaan telah lengkap dan pihak polis telah menerima arahan pertuduhan daripada Jabatan Peguam Negara.

Beliau berkata, kesemua individu terbabit akan didakwa mengikut Seksyen 145 Kanun Keseksaan berkaitan kesalahan merusuh.
“Selain itu, seorang daripada suspek turut akan berdepan pertuduhan tambahan di bawah Seksyen 332 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas sehingga menyebabkan kecederaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Majlis Hi Tea Apresiasi Polis Kuala Lumpur bersama Media Tahun 2025 di Grand Millenium Hotel, di sini hari ini.

Fadil berkata, perbuatan menghalang penjawat awam ketika menjalankan tugas adalah kesalahan serius dan tindakan pendakwaan yang bakal diambil diharap dapat memberi pengajaran serta menjadi peringatan kepada orang ramai.

Sebelum ini, media melaporkan beberapa individu ditahan bagi membantu siasatan selepas seorang pegawai kanan polis cedera ketika berlaku insiden rempuhan penduduk di Kampung Sungai Baru pada 11 September lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI