fbpx
NIGERIA tidak berdepan laluan mudah apabila Tunisia yang turut menang aksi pertama juga menginginkan kejayaan kedua. - AFP

AFCON: Nigeria azam aksi lebih garang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

RABAT – Ketua jurulatih Nigeria, Eric Chelle melaungkan amaran pasukannya bakal tampil lebih garang menjelang aksi kedua Kumpulan C menentang Tunisia dalam aksi Piala Negara-Negara Afrika (AFCON), awal pagi esok.

Sebagai rekod, Nigeria dan Tunisia berjaya meraih tiga mata selepas menang aksi pertama dan kedua-dua pasukan sedar hanya tiga mata dapat mengesahkan kemaraan ke pusingan kalah mati lebih awal.

Kata Chelle, aksi bertemu Tunisia boleh menjadi medan buat pasukan membuktikan keupayaan sebenar, tetapi dalam masa sama pemain tidak boleh memandang rendah terhadap keupayaan negara yang menduduki ranking ke-41 dunia itu.

“Bagi kejohanan besar seperti AFCON, semua faktor memainkan peranan jika mahu menang. Kami perlu mengurangkan kesilapan terutama apabila berdepan pasukan lebih kuat dan lebih konsisten.

“Tunisia adalah salah satu negara besar. Justeru, saya harap pemain dapat gandakan usaha dalam misi meraih tiga mata penting,” katanya.

Sementara itu, ketua pasukan Super Eagles, Wilfred Ndidi menegaskan dia tidak tertekan untuk memimpin rakan-rakan selepas diberi lilitan kapten buat kali pertama selepas William Troost-Ekong mengambil keputusan untuk bersara.

“Saya turun tanpa sebarang tekanan. Setiap hari baharu membuka peluang kita untuk memperbetulkan kesilapan dan menghadiahkan senyuman kepada rakyat Nigeria. Ia bukan tugas mudah, tetapi kami sedia sepenuhnya,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI