SUKARELAWAN membawa mayat pesakit Ebola untuk dikebumikan di wilayah Ituri, DRC pada 8 Jun lalu. – AFP

Ebola lepas 5,000 kes, lebih 2,300 terbunuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KINSHASA – Lebih 5,000 kes Ebola direkodkan di Republik Demokratik Congo(DRC), kata agensi kesihatan Kesatuan Afrika semalam, ketika negara dilanda konflik itu berdepan wabak terburuk dalam sejarah.

Diisytiharkan pada 15 Mei lalu,  wabak Ebola ke-17 di DRC itu dipercayai menular selama beberapa minggu sebelum tarikh tersebut diisytiharkan.

Ia melanda wilayah di utara dan timur di DRC mana kehadiran kerajaan adalah lemah, infrastruktur kesihatan  daif dan pelbagai kumpulan bersenjata berkeliaran selama beberapa dekad.

Wabak semasa  menyebabkan 2,378 kematian daripada 5,021 kes yang disahkan, demikian menurut data terkini diterbitkan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Afrika (CDC) semalam.

Wabak Ebola  antara tahun 2018 hingga 2020 yang sebelum ini dianggap paling dahsyat di DRC telah mengorbankan 2,299 orang daripada 3,381 kes yang disahkan, kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Kelmarin, Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus memberi amaran bahawa ‘wabak Ebola kali ini masih jauh daripada terkawal’.

“Risiko penularan seterusnya  di peringkat kebangsaan dan antarabangsa kekal tinggi,” kata Tedros.

Ebola telah membunuh lebih 15,000 orang di Afrika dalam tempoh 50 tahun yang lalu.

Tiada vaksin yang diluluskan atau rawatan khusus untuk virus Ebola Bundibugyo iaitu varian  di sebalik lonjakan kes semasa tetapi ujian klinikal sedang dijalankan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN