fbpx
Borhan (kanan) ketika melihat DB Blok C Flat Sri Perantau yang rosak akibat kebakaran tersebut.

RM1.7 juta diperlukan baiki pendawaian elektrik di Flat Sri Perantau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KLANG – Kira-kira RM1.7 juta diperlukan bagi kerja-kerja pembaikan menyeluruh sistem pendawaian elektrik di Blok C, Flat Sri Perantau di sini yang terputus bekalan elektrik susulan kebakaran bilik papan agihan elektrik (DB) sejak awal bulan ini.

Exco Perumahan dan Kebudayaan Selangor, Datuk Borhan Aman Shah berkata, kerajaan negeri akan mengadakan mesyuarat pada Isnin depan termasuk dari Tenaga Nasional Berhad (TNB), Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) Unit Pelaksanaan (ICU)bagi memutuskan langkah segera termasuk aspek keselamatan dan kos pembaikan.

Menurutnya, gangguan itu telah menjejaskan kehidupan harian kira-kira 600 penduduk membabitkan 128 unit kediaman apabila lif tidak berfungsi dan bekalan air turut terganggu kerana pam tidak dapat beroperasi.

“Isnin ini, kita akan bermesyuarat dan keputusan akan mengambil kira keselamatan penduduk, risiko teknikal termasuk tiada litar pintas dan kewangan,” katanya kepada pemberita selepas melawat ke flat tersebut, hari ini.

Sementara itu, ketua blok berkenaan, Azizul Anuar Abu Karim, 32 berharap isu gangguan elektrik dan air yang berlarutan lebih 20 hari itu dapat diselesaikan dengan segera susulan telah menjejaskan tenaga, emosi dan kewangan terutama golongan B40 yang bergantung kepada kerja harian. – KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN