fbpx
Tangkap layar hantaran memaparkan dua notis ditampal di kawasan kejiran kepada pemilik kucing.

‘Mahu pelihara kucing tapi najis merata-rata’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – “Siapa jaga dan beri makan kucing ini? Kucing berak di tangga, bau busuk tau!.”

Itu reaksi penduduk di sebuah kejiranan yang terganggu dengan sikap pemilik kucing membiarkan haiwan peliharaan mereka berkeliaran tanpa pemantauan.

Menerusi hantaran pengguna Threads @Syakieraaa.bhrdn, berkongsi dua notis di tangga sebuah flat mengenai rasa tidak puas hati penduduk dengan sikap pemilik kucing yang tidak bertanggungjawab.

“Mesti ramai sudah menyirap. Aku yang lalu di tangga itu pun terpaksa menahan nafas sementara naik ke tingkat atas,” katanya.

Malah, notis lain turut memaparkan kenyataan iaitu menjaga atau memberi kucing makan itu bagus tetapi sekiranya orang lain kena membersihkan najis, itu menyusahkan penduduk sekitar.

Menjengah ke ruang komen, ramai berkongsi pengalaman sama apabila terpaksa menahan bau busuk najis kucing di kawasan perumahan.

“Selalunya penduduk di tingkat atas yang beri makanan, tapi yang kena tahan bau busuk, penduduk di tingkat bawah pula,” komen @Sezi_a.

“Bayangkan saya yang setiap hari terpaksa menahan nafas naik turun tangga dengan bau busuk najis kucing sampai ke tempat parkir kereta,” komen @Yulilaskme. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN