fbpx
Tangkap layar rakaman CCTV LLM memaparkan aliran trafik mula perlahan di kebanyakan laluan di lebuh raya utama ketika ini.

Trafik perlahan hala selatan, Pantai Timur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Aliran trafik di kebanyakan lebuh raya utama dilaporkan bergerak perlahan sejak tengah hari tadi susulan orang ramai, khususnya anak-anak perantau mula bergerak pulang ke kampung halaman atau bercuti sempena cuti sekolah dan sambutan Hari Krismas esok.

Berdasarkan laporan Pusat Pengurusan Trafik Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) setakat 12.17 tengah hari, keadaan trafik secara keseluruhan dilihat perlahan terutama melibatkan laluan utama hala selatan dan Pantai Timur.

Di Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan, aliran trafik perlahan dikesan di beberapa lokasi antaranya dari Juru Auto City ke Plaza Tol Juru, Sungai Buloh ke Bukit Lanjan, selain Sedenak ke Kulai serta Setia Tropika ke Persimpangan Pasir Gudang.
Situasi sama turut berlaku di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak apabila trafik bergerak perlahan dari susur MRR2 ke Plaza Tol Gombak serta Gombak ke Genting Sempah, dipercayai akibat pertambahan kenderaan menuju ke Pantai Timur untuk pulang ke kampung dan bercuti.

Di sekitar Lembah Klang pula, kesesakan dikesan di Lebuh Raya Baru Lembah Klang dari Subang ke Damansara, Lebuh Raya Shah Alam, Lebuh Raya Utara-Selatan Hubungan Tengah, Lebuh Raya Damansara-Puchong serta Lebuh Raya Sistem Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat.

Keadaan tersebut sekali gus mencerminkan peningkatan pergerakan kenderaan keluar dan masuk ibu kota. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN