fbpx
Mohd. Shukri dibenarkan keluar dari sebuah hospital di ibu negara pada petang tadi.

MB Perlis keluar hospital, ucap terima kasih atas doa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KANGAR – Menteri Besar Perlis, Mohd. Shukri Ramli yang menerima rawatan di sebuah hospital di ibu negara selepas mengalami sakit dada pada semalam dibenarkan pulang, petang tadi.

Beliau memaklumkan perkara itu menerusi perkongsian di akaun Facebooknya, sebentar tadi.

Mohd. Shukri turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan kesihatannya.

“Alhamdulillah, saya selamat discharge petang tadi. Terima kasih kepada semua yang mendoakan kesihatan saya. Mudah-mudahan kita semua dikurniakan kerahmatan oleh Allah,” katanya.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan Menteri Besar Perlis itu dikejarkan ke sebuah hospital di ibu negara sejurus tiba daripada urusan di luar negara, semalam.

Setiausaha Akhbar beliau, Mohamad Azreen Jumri memaklumkan Mohd. Shukri pada awalnya mengadu sakit di bahagian dada sebelum dibawa ke hospital bagi menjalani pemeriksaan lanjut.

Dalam pada itu, timbul spekulasi berhubung pertukaran Menteri Besar Perlis apabila lapan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) didakwa menghantar akuan bersumpah kepada pihak istana susulan hilang kepercayaan terhadap kepimpinan ADUN Sanglang berkenaan.

Bagaimanapun, pemimpin Perikatan Nasional yang membentuk kerajaan negeri Perlis menyerahkan sepenuhnya perkara tersebut kepada pimpinan parti masing-masing.

Selain itu, difahamkan beberapa nama turut dihantar oleh Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) kepada pihak istana sebagai calon Menteri Besar baharu, namun setakat ini Pas didakwa masih belum mengemukakan senarai calon pengganti ADUN Sanglang tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN