JAKARTA – Penduduk sebuah kampung di Kota Bekasi, wilayah Jawa Barat gempar apabila seekor buaya gergasi muncul di kawasan sawah padi milik seorang penduduk, lapor laman berita Detik hari ini.
Dalam video yang dikongsikan di media sosial, reptilia itu berada dalam sawah, menyebabkan beberapa pokok padi rosak.
Pegawai Operasi Penyelamat Jabatan Bomba Bandar Bekasi, Heri Kurnianto berkata, buaya itu ditemui oleh penduduk semalam.
“Kami menerima laporan pada pukul 2.30 tang (waktu tempatan) daripada penduduk yang memberitahu mereka melihat seekor buaya di sawah padi,” kata Heri.
Dua pasukan dikerahkan untuk menangkap buaya tersebut.
Sekitar pukul 5.10 petang (waktu tempatan), reptilia itu berjaya ditangkap dan diserahkan kepada Kementerian Hal Ehwal Maritim dan Perikanan. – AGENSI














