fbpx
Kumpulan MLTR membuat penampilan khas pada majlis perkahwinan pasangan di Surabaya. - Instagram

Majlis kahwin jemput Michael Learns to Rock, macam tengok konsert

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Sebuah majlis perkahwinan di Surabaya, wilayah Jawa Timur menjadi perhatian orang ramai apabila menjemput kumpulan muzik legenda dari Denmark, Michael Learns to Rock (MLTR) untuk membuat persembahan, lapor portal berita Wolipop kelmarin.

Lebih menjadi sebutan ramai adalah majlis tersebut menyatukan pasangan pengantin daripada dua keluarga pemilik empayar gergasi di Indonesia, Saber Industries dan Kapal Api.

Berlangsung pada 14 Disember lalu di sebuah hotel lima bintang, majlis perkahwinan Vincent Mergonoto dan Melissa Tanojo itu digelar ‘crazy rich wedding’.

Bukan sekadar perhiasan mewah yang memenuhi dewan, majlis tersebut diserikan dengan persembahan istimewa MLTR dan penyanyi terkenal Indonesia, Sammy Simorangkir serta Lyodra Ginting.

“Semua tetamu turut sama menyanyi apabila MLRT muncul. Ia bagaikan konsert, namun tidak perlukan tiket,” kata salah seorang ahli keluarga pengantin lelaki, Andi Sugiarto Budiman.

Video majlis perkahwinan tersebut tular dan menerima pelbagai komen daripada pengguna media sosial.

“Konsert pada majlis perkahwinan,” kata seorang pengguna media sosial. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN