fbpx
Redho menyerahkan mas kahwin berupa sepersalinan peralatan solat, sebuah motosikal dan kebun kelapa sawit seluas 2.5 hektar. - Wilky Windya

Bukan biasa-biasa, wanita terima mas kahwin kebun sawit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan di Garut, wilayah Jawa Barat menjadi perhatian pengguna media sosial selepas menerima sebuah kebun kelapa sawit sebagai mas kahwin, lapor portal berita Wolipop hari ini.

Wilky Windya, 25, berkahwin dengan pasangannya, Redho Abdul Mufli, 25 dalam satu majlis baru-baru ini.

Dia menerima mas kahwin berupa sepersalinan peralatan solat, sebuah motosikal dan kebun kelapa sawit seluas 2.5 hektar.

Menurut Wilky, kisah cinta dia dan suaminya penuh berliku malah dia pernah menyekat komunikasi lelaki itu selepas beberapa kali dikecewakan.

Namun, kesabaran dan kesungguhan Redho dengan penyerahan kebun sawit sebagai bukti cintanya, akhirnya berjaya membuatkan Wilky menerima kembali lelaki itu.

Video perkahwinan pasangan itu menjadi tular dan menerima pelbagai komen pengguna media sosial.

“Selamat menjalani rumah tangga yang sakinah, mawadah dan warohmah,” kata seorang netizen. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN