fbpx
QAIRIEL NUQMAN dijatuhi hukuman penjara lapan bulan dan sebatan selepas mengaku salah merogol seorang gadis di sebuah rumah di Segamat, April lalu.

Ceroboh masuk rumah, acu pisau sebelum perkosa gadis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MUAR – Perbuatan jahat seorang remaja menceroboh masuk rumah dan mengacukan pisau sebelum melakukan seks secara paksa ke atas seorang gadis April lalu terbalas apabila dia dijatuhi hukuman penjara lapan tahun dan sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Hakim Mohd Khairi Haron menjatuhkan hukuman itu terhadap Qairiel Nuqman Hairul Nizam, 18, selepas berpuas hati dengan pengakuan dibuat selain mengambil kira rayuan dikemukakan tertuduh.

Selain itu, mahkamah juga memerintahkan tertuduh yang kini menjalani hukuman penjara enam bulan berkait kes ugutan dan menceroboh rumah, menjalani pengawasan polis selama dua tahun sebaik selesai hukuman.
Mengikut pertuduhan, dia yang masih bujang didakwa melakukan perbuatan itu tanpa kerelaan mangsa berusia 17 tahun di sebuah rumah di Segamat, pada pukul 3.35 petang, 17 April lalu.

Kesalahan itu dilakukan mengikut Seksyen 377CA Kanun Keseksaan yang boleh dipenjara sehingga 10 tahun dan juga sebatan jika sabit kesalahan.

Berdasarkan fakta kes, kejadian berlaku ketika mangsa berseorang sedang tidur di ruang tamu sebelum tertuduh tidak dikenali memasuki rumahnya lalu menutup mulut remaja itu.

Mangsa meronta dan bergelut dengan tertuduh selama lima minit, namun terpaksa mengalah selepas lelaki itu tiba-tiba mengeluarkan pisau.

Bagaimanapun, perbuatan keji tertuduh terbantut selepas terdengar hon kereta ibu mangsa yang ketika itu baru pulang ke rumah.

Susulan kejadian itu, mangsa membuat laporan dan bertindak atas maklumat, polis menahan tertuduh tiga hari selepas kejadian bagi membantu siasatan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Ameerah Allaudeen, manakala tertuduh tidak diwakili peguam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN