PELAJAR aliran Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) diakui mempunyai kemahiran luar biasa dalam dirinya. Itu apa yang dibuktikan alumni Institut Kemahiran Mara (IKM) Lumut, Perak, Muhammad Zuhaily Akmal Amran. Lelaki ini antara graduan IKM yang kini berjaya bergelar usahawan dalam bidang baik pulih badan kenderaan setelah tamat pengajian pada tahun 2017. Dia yang telah mengikuti program Sijil Teknologi Baik Pulih Badan Kenderaan di IKM Lumut selama setahun setengah begitu meminati bidang itu dan sangat berbakat dalam bidang pengecatan serta……














