fbpx
Tangkap layar perkongsian di Threads oleh @Ctsarasalim.

’Pengotor! Hilang selera nak membeli’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang wanita kecewa apabila mendakwa melihat dua kanak-kanak dibiarkan membuang air kecil di tong sampah di hadapan sebuah pasar raya terkenal di Selangor, baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di Threads oleh @Ctsarasalim, kelihatan seorang wanita mengangkat seorang kanak-kanak lelaki sebelum meletakkannya di sisi tong sampah sebelum seorang lagi individu mengangkat kanak-kanak perempuan duduk di atas tong sampah yang sama.

Menurutnya, tindakan ibu bapa yang membiarkan kanak-kanak berkenaan berbuat demikian disifatkan sebagai tidak bertanggungjawab dan menjejaskan kebersihan kawasan awam.

“Pagi nak cari barang dapur sebab banyak barang dapur habis. Nak ambil troli sekali ada orang bijak pandai bagi anak dia dua orang, lelaki dan perempuan kencing di tong sampah.

“Kita masuk 10 minit, keluar balik. Beli barang yang anak kirim sahaja. Hilang terus selera nak membeli. Pengotor!,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Perkongsian itu mendapat perhatian pengguna media sosial yang rata-rata mengecam sikap segelintir ibu bapa yang tidak peka terhadap kebersihan dan adab di tempat awam.

“Bukannya tidak ada tandas di situ. Nak juga membuang di situ. Pengotor!,” komen Nana Lani.

“Minta dia untuk bersihkan balik tong sampah tu. Itu tempat orang buang sampah, bukan buang air. Geram!,” kara Aslina.

“Eh pengotornya. Macam mana dia boleh terlepas pula ya buat tindakan macam tu. Saya harap orang macam ni akan diharamkan masuk,” komen Nazari. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN