fbpx
PENGUNJUNG berbaris panjang untuk membeli tiket kereta kabel yang merupakan antara produk pelancongan utama di Langkawi semalam.

‘Ramai pilih Langkawi, beratur beli tiket kereta kabel’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LANGKAWI – Cuti persekolahan yang bermula minggu ini kembali menghidupkan pulau peranginan ini apabila rata-rata lokasi tumpuan pelancong mula diserbu pengunjung.

Tinjauan di beberapa kawasan tumpuan pelancongan semalam mendapati, orang ramai tidak me­lepaskan peluang untuk me­nikmati produk pelancongan yang ditawarkan walaupun terpaksa beratur panjang.

Seorang pengurus penginapan, Yusmiza Yum, 44, berkata, bilik penginapan yang diuruskannya habis ditempah pelancong sebelum cuti sekolah hujung tahun bermula lagi.

“Ada pelancong yang me­ngu­bah fikiran dan memilih Lang­kawi sebagai destinasi pe­lan­co­ngan bersama ahli keluarga me­reka

“Saya juga ada menghantar tetamu ke tempat tumpuan pe­lancong seperti kereta kabel. Sa­ya melihat orang ramai berbaris panjang untuk membeli tiket, nampak ramai yang memilih bercuti di Langkawi,” katanya.

Sementara itu, seorang ejen pelancongan, Mohd. Syafiq Zaini, 29, memberitahu, hotel-hotel pe­nginapan di sekitar Pantai Che­nang di sini telah penuh di­tempah pelanggan.

“Hotel di sepanjang Pantai Chenang penuh ditempah bermula dari hari ini (semalam) sehingga 10 Januari ini.

“Hotel yang menjadi pilihan pengunjung yang kami tawarkan kebanyakannya berada di tepi pantai, jadi kami mencadangkan kepada pengunjung untuk menginap di Kuah memandang­kan hotel kami telah penuh,” ujarnya.

Dalam pada itu, ejen kereta sewa, Amirul Amar, 39, berkata, kereta sewa miliknya telah penuh ditempah pelanggan sempena musim cuti
persekolahan dan cuti umum Hari Krismas dan Tahun Baharu.

“Kebanyakan mereka telah menempah kira-kira dua bulan lalu, dan kini kenderaan milik saya telah habis ditempah.

“Kebanyakan kereta yang menjadi pilihan pelancong adalah kenderaan tempatan” jelas­nya.

Kosmo! sebelum ini melaporkan ribuan pelancong tempatan dijangka memilih Pulau Langkawi sebagai destinasi alternatif susulan Hatyai yang terjejas teruk akibat banjir besar belum bersedia menerima kunjungan dalam masa terdekat.

Industri pelancongan Hatyai hanya dijangka pulih sepenuhnya pada penghujung Januari 2026.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN