fbpx
Antara susun atur yang terdapat di bilik pameran Fella Design Seremban.

Fella Design perkenal tiga segmen ‘Farmhouse’ di Seremban

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Peruncit perabot tempatan, Fella Design melancarkan Koleksi Farmhouse (Rumah Ladang) terbaharu di bilik pamerannya dekat Seremban, baru-baru ini.

Fella Design dalam satu kenyataan berkata, bilik pameran tersebut diilhamkan daripada nostalgia masa lalu yang menampilkan kepekaan tradisional, namun digabungkan dengan elemen gaya hidup moden bagi mewujudkan suasana lebih segar dan kontemporari.

Menurutnya, koleksi berkenaan dibahagikan kepada tiga segmen utama iaitu Classic Cottage, Rustic Farmhouse dan Modern Farmhouse yang disusun dengan teliti oleh pasukan pereka dalaman Fella Design.
Sementara itu, Penolong Pengurus Operasi Fella Group, Louis Goh berkata, pengenalan koleksi tersebut di Fella Design Seremban bukan sekadar penjenamaan semula, sebaliknya merupakan manifestasi komitmen syarikat kepada pelanggan di daerah berkenaan.

“Melalui Koleksi Farmhouse, kami berjanji untuk membantu mencipta kediaman yang hangat, abadi dan unik untuk setiap individu.

“Kami teruja untuk menjemput pelanggan melangkah ke bilik pameran Fella Design Seremban dan merasai sendiri pengalaman ini,” katanya.

Fella Design dijadual menyambut ulang tahun ke-40 operasinya pada Mac 2026, sekali gus menandakan satu pencapaian penting dalam perjalanan jenama tersebut.

Fella Design Seremban terletak di No. 1, Jalan Bukit Emas 1, Taman Bukit Emas, 70450 Seremban, Negeri Sembilan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI