fbpx
AKHYAR Rashid (kiri) antara pemain yang menyerlah untuk pastikan kemenangan 3-2 Terengganu FC ke atas Imigresen FC di Stadium Negeri, Pulau Pinang, semalam. - TFC

Badrul lega Pelan B menjadi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PENGENDALI Terengganu, Badrul Afzan Razali membuktikan dirinya memiliki ramuan rahsia untuk mengatasi kehilangan tiga pemain utama di barisan pertahanan dan ia terbukti ketika menang 3-2 ke atas Imigresen FC di Stadium Negeri, semalam.

Sebelum perlawanan, Badrul hadir tanpa khidmat Ubaidullah Shamsul Fazili yang bersama skuad Bawah 23 Tahun (B-23) negara di Sukan SEA manakala Azam Azmi Murad berdepan kecederaan dan Safwan Mazlan digantung perlawanan.

“Kalau kita tengok tiga pemain utama kita tidak dapat diturunkan, Ubai di Sukan SEA, Azam Azmi mengalami kecederaan dan yang ketiga Safwan Mazlan digantung. Jadi saya menggantikan pemain-pemain seperti Engku Shakir, walaupun kali pertama dia bermain di bek kanan dan juga Alif (Zakaria) bek kiri.

“Bagi saya ialah satu positiflah untuk seseorang pertahanan yang dapat menggantikan tiga pemain sekali gus dalam satu perlawanan,” katanya.

Bagaimanapun, Badrul menjelaskan aspek serangan menjadi kebimbangan utama dan beranggapan pasukannya mampu menamatkan perlawanan dengan lebih banyak jaringan.

Sambil memuji kualiti yang ada pada Akhyar Rashid, Badrul menjelaskan semua pemain wajar mengambil kesempatan dan setiap peluang harus disempurnakan dengan lebih baik.

“Di babak pertama, kita ada peluang dan ia tidak boleh dilepaskan begitu saja dan setiap peluang mesti disudahkan dengan jaringan. Sekurang-kurangnya ia akan beri keyakinan kepada pemain dan pastinya perkara ini kami perlu tambah baik,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI