fbpx
Anggota polis membawa beberapa barangan termasuk beg dipercayai digunakan untuk meletakkan mayat wanita di Hospital Rembau semalam. Foto oleh NOR AINNA HAMZAH / KOSMO!

Mayat dalam beg: Seorang lagi suspek ditahan di Genting Sempah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

REMBAU – Seorang lelaki dipercayai suspek utama bagi kes penemuan mayat dalam beg ditanam di belakang sebuah rumah di Batu 4, Pedas, di sini, ditahan polis di Genting Sempah, Pahang, petang tadi.

Penangkapan itu menjadikan setakat ini dua suspek ditahan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, Senior Asisten Komisioner Idzam Jaafar berkata, suspek berusia 51 tahun itu ditahan kira-kira pukul 3.09 petang dan permohonan reman akan dibuat esok.

“Hubungan suspek dengan si mati, sama ada berkahwin atau tidak, masih belum dapat dipastikan berikutan tiada dokumen ditemukan serta siasatan lanjut masih dijalankan termasuk punca kematian,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Idzam berkata, keputusan bedah siasat hari ini mendapati punca kematian adalah “undetermined” (tidak dapat dipastikan) memandangkan jasad si mati telah “decomposed” (mereput).

Malah menurutnya, proses pengecaman mayat sama ada milik individu yang dilaporkan hilang di Ampang berkenaan juga mengambil masa berikutan memerlukan keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA).

Semalam, polis menahan seorang lelaki berusia 41 tahun di Melaka bagi membantu siasatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN