fbpx
Keadaan motosikal mangsa yang terbabas ke dalam longkang di Jalan Bukit Indah, Ampang hari ini.

Jalan licin, penunggang motosikal maut terbabas dalam longkang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

AMPANG JAYA – Seorang lelaki maut apabila motosikal yang dia tunggang hilang kawalan sebelum terbabas ke dalam longkang di Jalan Bukit Indah, di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.20 petang itu, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Khairul Anuar Khalid berkata, siasatan mendapati motosikal ditunggang mangsa telah hilang kawalan selepas melalui sebuah bonggol.
“Motosikal tersebut kemudiannya melanggar tembok sebuah rumah di sebelah kiri jalan lalu terbabas ke dalam longkang bersama mangsa.

“Semakan lanjut mendapati, ketika kejadian permukaan jalan basah selepas hujan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Khairul Anuar berkata, motosikal mangsa turut mengalami kerosakan kesan daripada insiden terbabit.

Tambahnya, kes masih dalam siasatan dan disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Pihak polis ingin menasihatkan supaya semua pengguna jalan raya memandu serta menunggang kenderaan dengan penuh berhati-hati berikutan cuaca hujan yang menyebabkan permukaan jalan basah dan licin,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI