fbpx
Gambar hiasan

LHDN selesai proses bayaran balik cukai berjumlah RM17 bilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) selesai memproses bayaran balik cukai berjumlah RM17 bilion melibatkan 3,529,748 kes berdasarkan rekod sehingga semalam.

Menerusi kenyataan LHDN, proses bayaran balik cukai itu diselesaikan bermula 1 Januri hingga 8 Disember melibatkan RM15 bilion (3,521,929 kes), 9 hingga 15 Disember RM1 bilion tambahan (6,480 kes) dan 16 Disember hingga semalam RM1 bilion tambahan (1,339 kes).

“Daripada peruntukan tambahan berjumlah RM4 bilion diumumkan oleh Perdana Menteri, sebanyak RM2 bilion telah diproses dan dikreditkan dalam tempoh 9 Disember hingga semalam yang melibatkan 7,819 kes.

“Baki RM2 bilion peruntukan tambahan akan diproses dan diselesaikan sebelum akhir Disember 2025,” menurut LHDN.

Dalam pada itu, dana tambahan RM1 bilion pertama yang diperuntukkan telah berjaya menyelesaikan tunggakan bayaran balik berusia melebihi tiga tahun tanpa mengambil kira jumlah terlibat.

“Dana RM1 bilion berikutnya selesai diproses untuk dikreditkan kepada pembayar cukai yang mempunyai amaun bayaran balik berusia dua tahun ke atas dengan tumpuan diberikan kepada syarikat Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS),” kata kenyataan itu.

LHDN juga menasihatkan pembayar cukai supaya mengemas kini dan memastikan maklumat akaun bank yang dilaporkan adalah tepat danterkini bagi membolehkan proses bayaran balik dilaksanakan dengan lebih lancar.

“Ini kerana terdapat sebahagian bayaran balik tidak dapat diproses atas sebab kesilapan atau ketiadaan akaun bank yang betul.

“Selanjutnya juga, tiada bayaran balik dapat diproses kerana melibatkan pertikaian kes mahkamah, pembayar cukai mempunyai tunggakan bagi tahun taksiran lain dan syarikat yang layak menerima bayaran telah digulung atau dibubarkan,” menurut LHDN. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN