fbpx
Keadaan banjir di Kampung Pasir Raja, Dungun hari ini.

802 mangsa masih terjejas banjir di Terengganu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA TERENGGANU – Mangsa banjir di Terengganu tidak banyak berubah dengan 802 mangsa daripada 247 keluarga masih berada di tiga daerah di negeri ini.

Mereka ditempatkan di 18 pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Kemaman, Dungun dan Hulu Terengganu.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu (JPBNT) berkata, Kemaman kekal daerah paling terjejas dengan 425 mangsa daripada 148 keluarga berada di 15 PPS.

“Seramai 256 mangsa daripada 72 keluarga masih berada di dua PPS di Dungun.

“Bangunan PPS Kampung Pengkalan Ajal, Hulu Terengganu pula dihuni 121 mangsa daripada 27 keluarga,” katanya di sini hari ini.

Terengganu dilanda banjir gelombang kedua yang menjejaskan lebih 1,000 penduduk di tiga daerah berkenaan sejak Ahad lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI