fbpx
JALAN Kuantan-Pekan di hadapan Universiti Pahang Sultan Ahmad Shah (UnipSAS) yang dilimpahi air di Kuantan.

Hujan tanpa henti, banjir Pahang makin teruk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUANTAN – Jumlah mangsa banjir di Pahang terus meningkat kepada 13,479 berbanding 10,740 orang yang direkodkan semalam.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang, Che Adam A. Rahman berkata kesemua mangsa daripada 4,434 keluarga melibatkan enam daerah iaitu Kuantan, Pekan, Rompin, Maran, Jerantut dan Lipis.

“Kuantan terus merekodkan jumlah tertinggi seramai 11,128 mangsa diikuti Pekan sebanyak 924 keluarga, Maran (916 keluarga), Rompin sebanyak 454 keluarga dan Jerantut 52 mangsa.

“Lipis yang menjadi daerah terbaharu banjir kali ini merekodkan seramai lima mangsa daripada dua buah keluarga,”katanya di sini hari ini.

Menurutnya, kesemua mangsa ditempatkan di 81 buah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di daerah terbabit.

Dalam pada itu katanya, pada masa ini terdapat 12 batang sungai berada pada paras bahaya manakala tujuh batang sungai berada pada paras amaran.

Tambahnya, sebanyak 11 batang sungai berada di paras waspada dan hujan masih berterusan di beberapa kawasan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI