fbpx
PEARLY (kanan) dan Thinaah mencerahkan peluang ke separuh akhir WTF2025 selepas menewaskan Iwanaga-Nakanishi hari ini. - AFP

WTF2025: Pearly-Thinaah dalam landasan ke separuh akhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Beregu wanita No.1 negara, Pearly Tan-M. Thinaah terus mempamerkan aksi konsisten pada Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Akhir (WTF) 2025 di Hangzhou, China selepas mencatat kemenangan kedua.

Pada aksi Kumpulan A yang berlangsung di Pusat Sukan Olimpik Hangzhou sebentar tadi, gandingan No.2 dunia itu menang straight set 21-13, 21-18 ke atas beregu Jepun, Rin Iwanaga-Kie Nakanishi.

Turun sebagai pilihan utama, Pearly-Thinaah menunjukkan aksi cukup dominan sebelum mencatat kemenangan, sekali gus meletakkan kedudukan mereka dalam keadaan selesa untuk melangkah ke separuh akhir.

Walaupun sedikit bergelut di penghujung set kedua, namun pemenang pingat emas Sukan SEA 2025 itu berjaya memperkemaskan semula permainan sebelum memastikan kemenangan muktamad dalam tempoh 36 minit.

Selepas ini, naib juara dunia itu akan bertemu satu lagi pasangan Jepun, Mayu Matsumoto-Yuki Fukushima esok bagi aksi terakhir Kumplan A. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI