fbpx
Anwar beramah mesra dengan anggota Jemaah Menteri sebelum mempengerusikan Mesyuarat Kabinet Kerajaan Madani, hari ini

Ini adalah Kabinet penerus kehendak rakyat – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan barisan Kabinet Kerajaan Madani yang baharu sebagai penerus kehendak rakyat.

Menurut beliau, ia adalah Kabinet penerus kehendak rakyat yang memikul amanah besar, menuntut tindakan segera dan berupaya membuat keputusan berani.

“Keupayaan menterjemah kehendak dan nurani setiap lapisan masyarakat menjadi dasar yang berfungsi dan dirasai, bukan sekadar retorik,” katanya dalam satu kenyataan di media sosial, hari ini.

Perdana Menteri berkata, setiap anggota Kabinet yang dilantik mesti terus bekerja dengan disiplin dan berkhidmat dengan penuh kerendahan hati.

Kata beliau, mereka perlu memastikan pelaksanaan dasar bergerak pantas, berintegriti serta sampai kepada rakyat tanpa lengah dan sebarang alasan.

Terdahulu, Anwar memaklumkan beliau mempengerusikan Mesyuarat Kabinet Kerajaan Madani selepas selesai Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia Menteri dan Timbalan Menteri Persekutuan, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI