fbpx
Zulkifli dan Marhamah

Jakim ucap tahniah kepada Zulkifli, Marhamah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengucapkan tahniah kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) baru dilantik, Dr. Zulkifli Hasan.

Ketua Pengarahnya, Datuk Dr. Sirajuddin Suhaimee berkata, seluruh warga Jakim berharap Zulkifli dapat menggalas amanah besar itu dengan penuh hikmah, keadilan dan keikhlasan.

“Memartabatkan syiar Islam serta memperkukuh keharmonian ummah dan negara. Mudah-mudahan Allah S.W.T mengurniakan kekuatan, kebijaksanaan dan keberkatan dalam setiap langkah kepimpinan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam masa sama, Sirajuddin dan seluruh warga Jakim turut mengucapkan tahniah kepada Marhamah Rosli atas pelantikan sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)

Kata Sirajuddin, Jakim berharap amanah tersebut akan dipimpin dengan penuh hikmah, keteguhan iman dan kebijaksanaan demi memperkukuh tadbir urus hal ehwal Islam serta kesejahteraan ummah dan negara.

“Moga Allah S.W.T mengurniakan kekuatan, taufik dan inayah dalam setiap langkah khidmat bakti yang dicurahkan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI